Source: OpenAI
OpenAI kini memperkenalkan ChatGPT Go untuk pengguna Malaysia pada harga RM38.99 sebulan . Pilihan ideal bagi mereka yang rasa versi percuma tak cukup, tapi belum sedia nak bayar harga ChatGPT Plus.
Apa Yang Anda Dapat Dengan Pelan Go
Berbanding versi percuma, pelan Go menawarkan ciri-ciri tambahan yang ketara:
✅ GPT-5 Extended Access – Dapat guna model GPT-5 yang sama seperti pengguna Plus, tapi dengan quota lebih terhad.
✅ Image Generation (DALL·E) Extended Access – Boleh hasilkan lebih banyak imej berbanding akaun percuma.
✅ More Daily File Uploads – Muat naik fail untuk dianalisis terus dalam chat, termasuk PDF, CSV dan dokumen kerja.
✅ Advanced Data Analysis – Ciri “Code Interpreter” untuk analisis data, graf, dan pengiraan kompleks.
✅ Longer Memory Context – Chat lebih panjang tanpa ChatGPT “lupa” perbualan sebelumnya.
✅ Access To Projects, Tasks & CustomGPTs – Boleh cipta Custom GPT sendiri dan uruskan projek dalam satu tempat.
 
															Pendek kata, anda dapat hampir semua fungsi Plus, cuma dengan limit penggunaan yang lebih kecil (OpenAI tidak nyatakan jumlah sebenar).
Bagi yang berminat, anda boleh melanggan atau ketahui lebih lanjut tentang ChatGPT Go melalui laman rasmi OpenAI di chat.openai.com atau aplikasi mudah alih ChatGPT.

 
									 
					