Sumber: https://chatgpt.com/merchants
Ini mungkin update paling besar untuk dunia e-commerce tahun ni – pengguna kini boleh shopping tanpa keluar dari ChatGPT.
OpenAI baru saja umumkan fungsi terbaru mereka, Instant Checkout yang membolehkan anda terus beli dan bayar produk terus dari chat. Tanpa perlu buka website penjual.
Untuk fasa awal, ChatGPT akan support Shopify dan Etsy di pasaran US, dengan integrasi pembayaran melalui Stripe.
Contoh flow pembelian melalui ChatGPT:
- Taip sahaja produk yang anda nak
- ChatGPT akan cadangkan pilihan produk dan bandingkan dari pelbagai penjual
- Kalau seller aktifkan Instant Checkout, terus bayar dalam chat
 
															Sumber: https://chatgpt.com/merchants
Lebih menarik, OpenAI turut buka open-source Agentic Commerce Protocol (ACP) – standard baharu yang dibina bersama Stripe. Maksudnya, lepas ini lebih ramai developer dan merchant boleh integrate checkout pintar ini ke dalam sistem masing-masing.
Bagi pemain e-commerce, ini bukan sekadar update kecil, ini game-changer! Shopping sudah jadi end-to-end dalam ChatGPT: cari, pilih, bayar – semua settle sekali gus.
Ramai juga jangka, lepas Instant Checkout ini, akan wujud pula “ChatGPT Search Ads” untuk senaraikan produk-produk dari merchants.
Satu perkara yang jelas, AI Shopping bukan lagi masa depan, tapi realiti yang sudah bermula sekarang.

 
									 
					