Imej: Google
Google baru-baru ini melancarkan Opal ke peringkat global, termasuk Malaysia. Dengan Opal, anda boleh bina aplikasi mini hanya guna arahan teks, tanpa perlu tahu coding langsung.
Dengan Opal, anda boleh mencipta aplikasi mini hanya menggunakan arahan teks, tanpa perlu menulis sebarang kod. Perkhidmatan ini direka untuk memudahkan sesiapa sahaja membangunkan aplikasi dengan cara yang cepat dan intuitif, seolah-olah anda berbual dengan AI.
Pengguna juga boleh melihat, ubah suai, dan mengawal aliran kerja aplikasi yang dicipta, memberikan fleksibiliti penuh terhadap tugasan yang ingin dijalankan.
Selain itu, Opal turut menyokong automasi pelbagai tugas dengan menyambungkan akses kepada pelbagai sumber data, termasuk servis utama daripada Google sendiri.
Setakat ini, sudah banyak aplikasi mini dibangunkan melalui Opal, antaranya aplikasi pembelajaran bahasa, perancang percutian, kuiz interaktif, dan pelbagai lagi idea kreatif.
Untuk yang ingin mencuba, Opal boleh digunakan secara percuma dan bersedia membantu anda menjana aplikasi mini pertama anda.
Sumber: Google Opal