Imej: Meta AI
Akhirnya, Meta AI dah boleh digunakan secara rasmi di Malaysia. Pengguna kini boleh cuba chatbot pintar dan fungsi image generation yang mirip Midjourney, tanpa perlu bayar satu sen pun.
Kalau buka Facebook versi web, anda akan nampak tab baru bertulis Meta AI di bahagian atas. Dari situ, anda boleh terus taip prompt untuk hasilkan gambar, tanya soalan, atau minta idea kreatif. Buat masa ni, fungsi ni belum stabil dalam aplikasi mudah alih (Facebook atau Instagram app), jadi guna Chrome atau pelayar web lebih baik.
Yang buat ramai terkejut, kualiti imej dan video yang dihasilkan Meta AI ni memang cantik dan aesthetic. Ramai kata hasilnya setanding dengan Midjourney, sebab Meta dilapor bekerjasama terus dengan pasukan Midjourney untuk teknologi generasi imej dan video ni.
Dan ya, semuanya percuma buat masa sekarang.
Meta jelas sedang serius masuk gelanggang AI generatif, bersaing terus dengan OpenAI dan Google. Kalau ini baru permulaan, masa depan kreatif digital nampaknya bakal jadi makin menarik.
