Kalau kau tengah plan nak ke Pulau Perhentian, satu benda yang confirm akan jadi dilema. Nak pergi Pulau Perhentian Besar ke Pulau Perhentian Kecil?
Bila kau Google, semua nampak cantik, semua air jernih, semua “heaven on earth”. Tapi bila dah sampai baru kau tahu tak semua spot sama rasa.
Aku sendiri pernah kena stay di Coral Bay dengan harapan boleh mandi depan pantai, tapi rupanya banyak batu karang. Jadi, daripada kau ulang silap yang sama, jom aku share perbandingan mudah untuk kau faham perbezaan dua-dua pulau ni (tanpa stress).
🏝️ Pulau Perhentian Besar vs Pulau Perhentian Kecil
| Pulau Perhentian Besar | Pulau Perhentian Kecil | |
|---|---|---|
| Vibe | Tenang, santai, sesuai untuk family & couple. | Lebih hidup, ramai backpackers & traveller muda. | 
| Pantai utama | Teluk Pauh, Teluk Dalam – sesuai mandi & snorkeling depan resort. | Coral Bay & Long Beach – Coral Bay untuk sunset, Long Beach untuk swimming. | 
| Aktiviti | Snorkeling, chill depan resort, trekking ringan. | Snorkeling, island hopping, bar, fire show, café. | 
| Harga & penginapan | Resort lebih mahal tapi selesa. | Banyak pilihan bajet & chalet sederhana. | 
| Suasana malam | Sunyi, tenang. | Meriah, ada nightlife & aktiviti malam. | 
🌊 Coral Bay vs Long Beach (Pulau Perhentian Kecil)
Kalau kau dah decide nak ke Perhentian Kecil, next soalan wajib keluar nak duduk Coral Bay ke Long Beach?
| Coral Bay | Long Beach | |
|---|---|---|
| View | Sunset cantik, banyak restoran tepi pantai. | Sunrise cantik, pasir halus, laut biru jernih. | 
| Pantai | Banyak batu karang, kurang sesuai untuk swimming. | Sesuai untuk mandi & lepak tepi laut. | 
| Suasana | Chill, tenang, romantic vibe. | Happening, ramai orang, ada bar & aktiviti malam. | 
| Akses | Dekat jeti, tapi nak ke Long Beach kena jalan 600m (15–20 minit). | Boleh jalan dari Coral Bay, tapi agak penat kalau bawa beg besar. | 
💬 Apa Kata Orang yang Dah Pergi?
Kalau ikut review pelancong & traveller di internet, kebanyakan orang lebih puas hati di Pulau Perhentian Kecil sebab:
- Banyak aktiviti & pilihan penginapan. 
- Long Beach memang cantik dan sesuai mandi. 
- Coral Bay pula best untuk lepak petang dan tengok sunset. 
Tapi itu bukan bermakna Pulau Perhentian Besar tak best. Ramai juga yang suka sebab:
- Pantai depan resort dah cukup cantik untuk mandi/snorkeling. 
- Suasana lebih tenang, sesuai untuk keluarga atau honeymoon. 
- Tak perlu jalan jauh untuk ke pantai. 
Cuma ada juga review negatif pasal resort di Perhentian Besar yang katanya agak uzur dan maintenance kurang. Jadi kalau nak pergi sana, pastikan kau baca review terkini resort tu dulu, bukannya review lima tahun lepas.
🧭 Tips Supaya Tak Salah Pilih Pulau
- Kalau family trip atau honeymoon: Pergi Pulau Perhentian Besar. Senang, tenang, dan pantai depan resort pun dah lawa. 
- Kalau solo / geng backpacker: Pilih Pulau Perhentian Kecil Long Beach untuk mandi, Coral Bay untuk sunset dan lepak. 
- Kalau nak dua-dua vibe: Stay Coral Bay tapi standby jalan 600m ke Long Beach bila nak mandi laut. 
- Travel ringan: Jangan bawak luggage besar beroda. Jalan Coral Bay–Long Beach tu bukan jalan rata, memang berpeluh ketiak dan celah kangkang kalau tarik beg besar. 
- Musim terbaik: Pergi antara Mac hingga September lepas tu laut biasanya tutup sebab monsun. 
✨ Kesimpulan
Kalau kau nak rehat kepala, layan bunyi ombak dan bangun terus nampak laut Pulau Perhentian Besar pilihan terbaik.
Kalau kau jenis nak explore, snorkeling, socialize dan cari tempat yang ada “hidup” Pulau Perhentian Kecil memang untuk kau.
Cuma apa pun pilihan, dua-dua pulau tetap cantik. Cuma kena tahu apa yang kau nak dari trip tu.
Jadi, jangan pening yang penting, set expectation dulu sebelum booking.

 
									 
					