WhatsApp baru-baru ini mengumumkan pengenalan satu ciri baharu yang akan hadir ke aplikasi permesejan mereka. Fungsinya? Lebih kurang macam Instagram Notes, di mana anda boleh letak status atau mesej ringkas.
Ciri ini akan dipaparkan pada bahagian profil anda, dan juga muncul dalam tetingkap chat. WhatsApp menamakan ciri baharu ini sebagai WhatsApp About.
Seperti kebanyakan ‘story’ atau status di platform lain, semua perkongsian dalam WhatsApp About ini akan luput selepas tempoh 24 jam. Menariknya, anda juga boleh menetapkan sendiri pemasa sebelum perkongsian tersebut hilang sepenuhnya.
Pengenalan ciri ini memudahkan anda untuk update status terkini atau mood semasa. Contohnya, kalau anda tengah sibuk meeting atau tengah drive, boleh je letak status “Busy, reply lambat sikit”. Ini akan bantu kawan-kawan atau grup chat faham kenapa anda mungkin lambat membalas mesej.
Ciri WhatsApp About ini kini sedang dilancarkan secara berperingkat kepada semua pengguna di seluruh dunia, melalui aplikasi WhatsApp di smartphone anda. Jadi, jangan terkejut kalau tiba-tiba nampak fungsi ni muncul!
