OpenAI baru sahaja melancarkan Sora 2, model video AI generasi baharu dengan kualiti lebih realistik, audio sync lebih tepat, dan rendering yang lebih stabil.
Namun, laporan dari Wired mendedahkan satu lagi langkah besar OpenAI, syarikat itu sedang bersiap untuk melancarkan sebuah aplikasi sosial ala TikTok yang akan digerakkan sepenuhnya oleh Sora 2.
“TikTok Versi AI”
Aplikasi ini dikatakan akan menampilkan:
- Feed video pendek menegak dengan navigasi swipe-to-scroll.
- Kandungan 100% dijana AI, tanpa pilihan untuk upload dari kamera atau gallery.
- Video terhad kepada maksimum 10 saat dalam app (buat masa ini).
Fungsi Identity Verification
OpenAI juga memperkenalkan ciri identity verification.
- Jika pengguna pilih untuk verify, wajah mereka boleh digunakan oleh Sora 2 untuk menjana video.
- Pengguna lain boleh “tag” atau gunakan likeness tersebut dalam remix.
- Sebagai langkah keselamatan, notifikasi akan dihantar setiap kali wajah mereka digunakan, walaupun video itu tidak dipost.
Strategi Besar OpenAI
Mengapa OpenAI masuk ke dunia aplikasi sosial?
- Persaingan TikTok di AS: Deadline untuk ByteDance menjual operasi TikTok US beberapa kali ditunda, membuka peluang untuk pesaing baharu.
- Ecosystem lock-in: Dengan social feed, pengguna Sora 2 lebih cenderung kekal dalam aplikasi.
- AI democratization: Sesiapa saja kini boleh jadi content creator tanpa kamera atau editing.
Setakat ini, aplikasi sosial ini belum dilancarkan secara rasmi. Tetapi jika benar-benar direalisasikan, ia boleh menjadi pencabar serius kepada TikTok, Reels, dan Shorts.

 
									 
					