Kalau dulu setiap kali nak naikkan reach, mesti letak hashtag berderet seperti #fyp #trending #viral #ootd. Tapi nampaknya zaman itu bakal berakhir.
Instagram, X (Twitter) dan TikTok kini dilaporkan sedang “phase out” penggunaan hashtag sebagai alat utama untuk discovery. Senang cerita, AI dalam platform itu sendiri dah cukup bijak untuk faham, analisis dan pilih konten tanpa perlukan hashtag.
Perkara ini pernah disebut oleh Elon Musk sendiri melalui hantaran di X bahawa “hashtags are now irrelevant”, dan pengguna tak perlu lagi tambah simbol # untuk sesuatu topik. Menurut Musk, sistem X kini boleh kenal pasti topik dan trend secara automatik tanpa perlu hashtag.
Menurut laporan The Publish Press, Instagram sudah mula kurangkan kebergantungan pada hashtag. Walaupun masih ada cadangan untuk letak hashtag setiap kali buat post, sistem recommendation sekarang lebih fokus pada konten sebenar seperti caption, lokasi, bio dan corak engagement pengguna.
Menariknya, hashtag bukanlah ciptaan syarikat besar. Ia lahir daripada pengguna sendiri, cara organik untuk komuniti berkumpul dan berbual tentang topik yang sama. Dalam artikel Adam Aleksic di Etymology Nerd, beliau jelaskan bahawa hashtag dulu adalah simbol kebebasan pengguna, tapi kini platform mula “ambil balik kuasa” dan gunakan algoritma mereka sendiri untuk kawal agihan konten.
Adakah ini bermakna hashtag dah mati?
Tak sepenuhnya. Tapi kalau anda masih berharap #fyp atau #viral boleh tolong post anda meletup, mungkin dah tiba masa unutk ubah strategi. Fokus pada kualiti konten, hook yang kuat dan caption yang menarik, sebab hari ini AI lah yang tentukan siapa nampak apa.

 
									 
					